Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum buat semua sahabat

Masa begitu cepat berlalu dalam kehidupan kita tetapi adakah kita sedar semua itu ??? adakah amalan-amalan kita didunia ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai bekalan kita diakhirat nanti.sama2 lah kita renungkan dan fikirkan sebagai peringatan bersama

Beramal makin bertambah Dosa.

Assalamualaikum,Bulan Ramadhan Bulan ibadah ,Bulan tarbiyah dan bulan mujahadah…maka ramailah muslimin dan muslimat yang berlumba-lumba mengejar akan fadhilat dan pahala yang berganda-ganda sebagai mana tsabit dari hadis-hadis nabi….Dan sekarang ini kita sudah melalui fasa yang kedua iaitu fasa keampunan…semoga kita mendapat keampunan darinya…

Secara tidak sedar amalan-amalan kita boleh juga menjadi hijab kepada diri,beramal tapi bertambah dosa-dosa kita kerana orang yang beramal itu lebih mudah dijangkiti virus iaitu riya’ apa itu riya,?? Riya’ (beramal supaya dilihat manusia) riya’ termasuk di dalam dosa-dosa besar(syirik khofi) dan membatalkan pahala sesuatu ibadah…

mungkin orang yang jahil dalam ilmu ini akan berkata “amal diterima atau tidak adalah hak ALLAH kita buat je segala Suruhan dan jauhi larangan nya kita tidak layak nak menghukum sesuatu ”…ulamak Sufi menitik beratkan betapa bahayanya dosa batin ini…hakikatnya dosa batin lebih sukar nak dirawat dan diubati dari dosa zahir dan ia menjadi fardhu ain bagi kita untuk menghilangkannya……YA ALLAH ampunkanlah dosaku=(…


antara cirri-ciri riya’ itu:

1)Ingin dipuji-suka menerima pujian dan marah jika dicemuh……bila orang puji kita”eh baguslah ko ni terawih xpenah tinggal pun boleh buat calon menantu aku nie..huhu…kiter merasa suke dengan pujian itu……dan kite merasa sedih,marah dan tidak puas hati bila article ataupun note kiter yg kita post xmendapt sambutan,dan jika ada pendapt yg berlawanan dari kita,dan cube menasihati, kita xdpt terima kritikan 2…if terima pun mulut kata terima hati terguris jua..

2)Suka menceritakan Amal ibadah kepada orang….riya’ zaman cyber post kat wall facebook pukul 3-5 am pastu pos “Alhamdulillah baru selesai bermunajat”huhu….kiter nak orang tahu yang kita ni beribadah malam…..bertadarus pon begitu jua “eh ko ngaji dah bape juzuk ???aku bru 8 juzuk la xsempat dapat 1 hari 1 juzuk la, bz ngan kerja…aku alhamdulilllah 10 juzuk dah aku amalkan baca 4muka setiap lepas solat”…Dialog yg seterusnya anta da cukup puasa 6?,pas 2 kiter jawap ana lagi sehari je,anta pulak?ana Alhamdulillah dah cukup,tahun ini rase senang lah nak puasa badan pun rase ringan jeee….kalau ade orang yang bertanya kat kita mcm ni baik xyah jawap ni soalan cepu emas dari syaitan…..

3)Bercampur niat kerana Allah dan manusia.....dalam sehari didalam bulan ramadhan kita pasti akan merasa emmm penatnye dan terasa malas nk buat terawih makan terlebih plak 2 mase berbuka td…pas 2 kiter pakse diri kiter kalau aku xpergi ni ape orang kater plak dahlah tugas aku jadi bilal terawih malam ni…huhu…….kiter pun pegi dgn bercmpur niat kerna Allah dan manusia….cntoh lain kerja sebagai guru mula2 niat kerana Allah dan terselit juga nak dapat redha manusia…..nak dipandang mulia dan tinggi…terdetik dalam hati akulah yang akan menjadi pencetus kemajuan dan perubahan dan menjadi guru paling dedikasi di sekolah ini….


Maka jika dating datang perasaan semacam ini elok lah kita tentang perasaan itu dengan dijawap “CUKUPLAH ALLAH YANG MELIHAT,KERANA ALLAH ITU KEKAL,ALLAH JUGA YANG MENGGERAKKAN AKU BERAMAL BUKAN KUASA DIRIKU,SESUNGGUHNYA PUJIAN MANUSIA ITU TIDAK LA KEKAL,BAHKAN AKU AKAN DIPIJAK-PIJAK OLEH MEREKA DI AKHIRAT KELAK”

Untuk menyelamatkn diri dari riya’ banyakkan ibadah di belakang manusia(bersendirian),sembunyikan ibadah jangan sampai orang tahu seperti(Solat sunat,puasa sunat,wirid)…dikala bersembunyi ibadat itu maka datangla virus yang seterusnya iaitu UJUB iaitu hairan kepada diri yang rajin beribadah…


Antara cirri-ciri ujub:

1)Rasa selamat dan puas dengan banyak amal….contohnya ramadhan yang lepas kita hanya mampu khatam sekali je…tapi ramadhan kali ini kita dapat khatam 3kali…terawih dan tahajud pun sekali pun tidak tertinggal….kita berasa puas dan suka dengan banyak nya amal…..ya ALLAH=(

2)Kita merasa org lain yg tidak beribadah mcm kita adalah terkutuk,kita sibuk post wall facebook kita dengan kalimah2 nasihat dan dakwah tapi friend2 kita sibuk dgn post yg sia2 dan tidak mendatgkn faedah kekadang jatuh kpd dosa,kita mengangap kita lebih sempurna dan terjamin selamat dari dosa…

3) contoh lain kiter rase kiter xpernah pon buat dosa yg besar2 mcm minum arak,merompak,berzina,membunuh,dan dosa2 yg besar yg lain…kiter merasa kiter dah selamat dan terhindar dari dosa besar….

kita masuk syurga bukan kerana Amal tapi dengan rahmatnya….tp kita juga xkan dpt rahmat sekiranya tidak beramal….


Tanda2 orang yang tiada ujub didalam hati:

1)Semakin beramal semakin lupa ibadah yg dilakukan dan memandang kesalahan diri lebih banyak.

2)semakin beramal semakin takut amalan tidak terima kerana banyak cacat cela,dan merasa sedih bukan merasa selamat.

3)Semakin beramal semakin memandang rahmat bukan memandang kebolehan diri.

4)Bila dipuji-rasa tidak layak bila dikeji-itulah sepatutnya.

5)Tidak akan lupe berdoa kpd Allah supaya tidak berbangga dengan ibadah.

Maka jika datAng perasan ujub hendaklah dijawap”DAPAT AKU BERAMAL INI ADALAH DENGAN RAHMAT ALLAH BUKAN KUASA DIRI,BUKN BIJAKKU DAN BUKAN HEBATKU,YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU PERASAAN GERUN TERHADAP KEHEBATANMU..YA QAHHAR,YA JABBAR,YA MUNTAQIM”.

Virus seterusnya ialah Sumaah-perasaan ingin orang tahu kita beribadah dengan iklas….Perasaan ingin org hormat,dikenali dan dimuliakan manusia….

Beramal lah Kerana Allah bukan kerana nafsu….. ilmu ini diambil ketika penulis mengaji sesi (kitab Al-hikam Ibn Athaillah) alfadhil ustaz menceritakn ketika beliau mengaji (kitab durunnafis) bersanad dari guru beliau , amal kerana nafsu ini boleh terjadi …

sebagai contoh apabila kita terlampau bersemangat dan rajin hendak berqiamullail dan ingin solat tahajud 30rakaat maka sesungguhnya ia sebenarnya dari nafsu maka kita gantikan solat tahajud tadi dengan amalan lain spt menelaah kitab ataupun mengaji dan kita solat tahajud 2 rakaat je or seberapa minima yang mungkin ….dan ketika mana kita malas hendak berbuat Qiamullail maka masa itulah baru kita buat sungguh2 solat sunat tahajud 30rakaat atau semaximum yg boleh…..biar nafsu yg malas td terdidik……….Wallahualam….

10 Things Allah Won't Ask!

1... . Allah won't ask what kind of car you drove, He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2... . Allah won't ask the square feet of your house, He'll ask how many people you welcomed into yourhome.

3... . Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4... . Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if you compromised your character to obtained it.

5... . Allah won't ask what your job title was, He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6... . Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friend to them.

7... . Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8... . Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.

9... . Allah won't ask why it took you so long to seek salvation, He'll lovingly take you to your mansion in heaven,and not to the gates of Hell.

10... Allah won't ask how many people read this, He'll ask if you were ashamed to get more Islamic knowledge and share them with your friends.

Hayati 21 Amalan Menuju ke Syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

Dua nikmat yang sering dilupai

Alhamdulillah. Kita masih lagi mampu bernafas, masih mampu bergerak, masih mampu berfikir dan masih hidup.
Andainya pagi tadi kita bangun dari tidur, dan tidak dapat melihat, apakah kita mampu berganjak daripada tempat tidur kita? Andainya setelah terjaga dari tidur pagi tadi telinga kita tidak dapat menangkap sebarang bunyi, kepada siapa kita akan mengadu?

SubhanaAllah. Banyak sungguh nikmat yang kita perolehi setiap hari. Hmm… berapakah bayaran untuk semua ini? Bayaran untuk udara yang dihirup, air yang diminum, tenaga yang digunakan, kewarasan ketika berfikir dan masa yang mematangkan kita?

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkannya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.” (an-Nahl, 16: 18 )
Sesungguhnya nikmat Allah adalah terlalu banyak diberikan kepada makhlukNya. Namun manusia sering lalai dan leka dengan nikmat yang dikecapi ini sehingga Allah bertanya kepada mereka yang sering mendustakan nikmat-nikmat yang diberikanNya.

Mari kita melihat kepada surah ar-Rahman, di mana Allah mengulang-ulang firmanNya, “Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”. Dalam surah ini, Allah memberikan banyak contoh nikmat yang dikurniakannya kepada manusia daripada penciptaan alam, kejadian manusia sehinggalah ganjaran di Syurga.

Dua nikmat yang manusia sering lupai ada dinyatakan oleh RasulAllah seperti hadith di bawah.
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dua nikmat tersebut iaitu masa sihat dan masa lapang sering tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Ketika badan dan akal kita sihat, setiap perkara mudah dilakukan. Kita mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang keuzuran.

Namun adakah kekuatan fizikal ini digunakan dengan cara yang terbaik dalam memenuhi tuntutan agama? Adakah kita mudah pergi ke masjid, sentiasa menghadiri majlis ilmu atau menziarahi saudara dan tetangga?
Adakah akal yang sihat dan waras digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk Islam? Atau menggunakan kelebihan intelektual ini dengan memberi buah fikiran untuk dalam menyelesaikan masalah masyrakat!

Kita mudah menghargai nikmat kesihatan bila ditimpa sakit. Bak kata pepatah, bila terhantuk baru tengadah. Masa badan berasa sakit, baru teringat nak solat dan ingat kepada Pemberi penawar. Segala kelebihan seperti duit dan pangkat mungkin tidak berguna apabila fizikal sakit, apatah lagi jika mental yang sakit.

Nikmat kedua yang sering dilupai oleh manusia ialah masa lapang. Mungkin ramai yang mengadu bahawa 24 jam sehari semalam tidak mencukupi kerana dikatakan terlalu sibuk dengan urusan dunia. Oleh itu mudah sahaja bagi mereka alas an untuk tidak sempat melakukan sesuatu yang menjadi kewajiban (fardhu ain) melainkan ada kaitan dengan kerjaya. Tidak hairanlah kebejatan sosial semakin menjadi-jadi kerana masa tidak diurus dengan betul apabila ruang waktu tertentu sepatutnya digunakan untuk keperluan lain, tetapi digunakan untuk melakukan perkara lain.

Sebagai contoh, institusi keluarga tidak harmoni kerana anak-anak tidak cukup masa bersama ayah dan ibu mereka yang sibuk bekerja. Lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan, kesefahaman dan keharmonian dalam keluarga semakin jauh dan renggang.

Kenapa ramai yang sanggup dan mampu menghabiskan banyak masa untuk bekerja tetapi tiada masa untuk menyumbangkan tenaga untuk Islam? Kita sanggup meluangkan masa untuk pelanggan kita tetapi tiadakah ruang waktu untuk bersama-sama ibu bapa di kampung seminggu atau sebulan sekali?

Banyak masa kita gunakan untuk menonton televisyen atau melayari internet yang belum tentu bermanfaat dan mungkin ada unsur maksiat. Adakah terlalu lama bagi kita meluangkan masa sekitar sejam dua untuk membaca bahan-bahan ilmiah atau menghadiri majlis ilmu?
Hampir setiap masa telinga kita mendengar muzik, kenapa amat sukar untuk mendengar alunan zikir dan bacaan al-Quran? Waktu bergerak sehala tanpa pernah berundur, oleh kita wajar menyelianya dengan baik dan teratur bukannya hanya bergerak mengikut arus dalam tipu daya dunia.

Membuat analisa atau muhasabah merupakan suatu amalan yang baik sebagai cara menyemak diri. Dengan ini kita dapat mengimbas kegiatan harian dan seterusnya memperbaiki perkara-perkara yang merugikan diri.
Marilah kita bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan ini, agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan mendapat azab Allah.

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”. (Ibrahim, 14: 7)
Sementara kita masih hidup, rebutlah kesempatan dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Daripada Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).

real womb!!!!

Mom : Assalamualaikum my dear. How are you today?

Baby : Waalaikumussalam my dear mom.

I'm feeling good today mom.But there are something growing out from my body!!! (his arms & legs) what are these mom? I don't like it. It keeps getting in my way. I can't move as freely as I used to be before!

Mom : Owh that are your hands and your legs my darling. Alhamdulillah, you are growing as you should.

Baby : Can you make it go away mom? I don't need these hands and legs. They are of no use to me now.

Mom : You must not say that! Be grateful dear. You will need them when you are born. You will need it to walk on this earth. To be Allah's servant. You will be in such a great loss if you don't have them in the future.

End of conversation...

The baby doesn't know the difficulties that he is going to face on the earth if he doesn't have any hands or legs. Because he never used it in the womb. For him, his world is his mom's womb.

Can you see how similar we are and the baby? We have never ever encounter the life after death. We only know the world as the earth that we are living now. Just like an innocence baby. Our amal ma'ruf as our arms and legs in akhirah. We can live without them in this world right? But what about in akhirah? Can we leave without them? And we have been given so many reminders and guidances from Allah through His messenger and The Book, Quran. Who else can we trust if not our GOD, Allah? Think bout it...

RISALAH AL - GHAZALI

Ketahuilah , Hai Anak yang Tercinta! - moga-mogaan Allah s.w.t melanjutkan usiamu dalam taat kepadaNya, dan dipimpinNya engkau kejalan orang - orang yang dicintaiNya: - Bahawasanya nasihat yang bertaburan dikutip orang dari "sumber dan risalah" Nabi Muhammad s.a.w . Maka jika telah ada barang sebuah nasihat dari sana yang sampai kepadamu, apakah perlu bagimu nasihatku lagi? Dan jika belum sampai kepadamu , cubalah katakan kepadaku, hasil apakah yang engkau dapat selama ini?

Hai Anak! Sebahagian dari nasihat Rasullullah s.a.w. kepada umatnya ialah katanya : "Tanda bahawa Allah s.w.t berpaling dari seorang ialah "membuang waktu" kepada barang yang tidak berguna; dan barang sesiapa yang berumur lebih 40 tahun,sedangkan kebaikannya belum mengalah kejahatannya , maka baiklah ia bersedia-sedia untuk masuk NERAKA". Rasanya cukuplah bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.

Hai Anak! Nasihat itu mudah, yang musykilnya ialah menerimanya ; kerana ianya pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang itu sangat disukainya, lebih - lebih lagi di kalangan penuntut "Ilmu Rasmi"(Lawan dari Ilmu Hakikat) yang membuang - buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia menyangka bahawa di dalam ilmu yang tidak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaanya, dan ia menyangka bahawa ia tidak perlu diamalkannya, adalah alasan pemberatkannya lebih kuat, sebagaimana telah dikatakan oleh Rasullullah s.a.w. "Orang yang berat sekali menanggung siksa di hari kiamat ialah orang berilmu yang tidak diberi Allah manfaat dari lmunya".


Dan diriwayatkan , bahawasanya Al - Junaid - qaddasallahusirrahu, bersua dalam mimpi seorang. Maka ditanyakanlah kepadanya: "Apa kabar, hai Abal Qasim?"(Gelar Al - Junaid) ia pun menjawab ; "Telah hilang lenyap ibarat - ibarat itu, tak ada lagi isyarat - isyarat itu,dan tak ada yang memberi manfaat kepada kita melainkan sedikit rakaat yang kita sembahyangkan ditengah malam itu jua,"


Hai Anak! Janganlah engkau hidup sampai kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan bekerja, dan yakinlah bahawa ilmu semata - mata tidak akan menyelamatkan orang. "Bagaimanakah menurut fikiranmu, jika pada suatu tengah padang ada seorang panglima yang gagah berani dan padanya ada sepuluh pedang Hindi, lengkap pula dengan beberapa alat senjata lain, lalu dihadapkan kepada seekor singa besar yang galak, dapatkah segala alat senjata itu melindunginya dari bahaya jika senjata itu tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkannya? telah terang ,bahawa ia tidak akan menolong apa - apa melainkan jika diangkat,dipukulkan dan ditikamkannya,"


Demikian pulalah, jika pun seorang itu telah membaca seratus ribu massalah ilmiiah serta dipelajarinya pula, jika tidak diamalkannya tidaklah akan mendatangkan faedah suatu apa kepadanya. Sebagai bandingan lagi, jika seorang kena demam panas dan sakit kuning yang hanya dapat disembuhkan dengan `Sekanjabin` (Ubat - ubatan) dan `Khaskat`(Ubat - ubatan), tidaklah ia akan segar kembali melainkan dengan mengunakan ubat - ubatan itu..

Petua Malam Lailatulqadar

Petua ini walaupun artikelnya banyak di ulang-ulang semoga dapat manfaat bersama. TIDAK bermaksud untuk mengabaikan malam malam lain Ramadan tetapi hanya petua dapat atau tidak hanya Allah mengetahuinya. Tidak ada salahnya menumpukan ibadat pada seluruh malam. Kerana Hanya Allah mengetahui bila.

(Hindari lah fitnah. Akhir zaman menurut hadis memang banyak fithah banyak pengkritik. Jadi gunakanlah akal untuk mengambil maksud baik dan menghindari prasangka buruk. )

PESANAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR ( HARI GANJIL ) BULAN RAMADHAN

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :

1 ) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

2) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

3) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

4) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

5 ) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN



Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .

BANGUNLAH

Assalamualaikum saudara2ku, diri ini merendah diri untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Sebelum ini aku pernah menjadi seorang yang jahil. aku pernah membuat bermacam2 maksiat even dah bermacam2 hidayah dah sampai kat aku. kadang2 hati ini terdetik untuk mendekatinya,namun berbagai2 halangan yang aku tak nampak menggagalkan aku untuk mendekatinya sehingga aku terus sahaja asyik dengan kelalaian aku.
Berita tv dan beberapa laman blog cukup banyak menunjukkan penderitaan saudara2 kita dia palestin, afghanistan, bosnia n banyak lagi negara yang lain. terdetik di hati ini untuk membantu mereka dan mmg semangat untuk membantu begitu menebal dalam diri. namun, diri ini tidak kuat untuk mengangkat senjata untuk berjuang, hanya doa tanpa solat yang aku mampu berikan.
hari demi hari, hatiku tidak pernah jemu bertanyakan soalan yang sama `sampai bila aku nk enjoy? bila aku nk mulakan diri mendekatkan diri pada pencipta?` namun, jasad ini tetap berdegil untuk melangkah ke sejadah yang tersedia terhampar. Berbagai2 cubaan telah tuhan berikan padaku supaya aku ingat akan kekuasaanya, namun apa yang aku dapat? jiwa ini tidak henti2 mengatakan tuhan itu tidak adil. mengambil hak aku. kemudian, terduduk aku sendirian berfikir. kenapa tuhan mengambil hak aku? kenapa aku sering ditimpa musibah. namun, jawapan itu tidak pernah sampai. aku berfikir dan terus berfikir, mecari jawapan yang pasti akan aku temui.
setelah beberapa tahun aku hanyut di lembah kemaksiatan, hati aku terdetik sekali lagi dengan lebih garang. menuntutku untuk kembali kepada sang pencipta yang menciptakan aku dan sekalian alam. namun, jasad yang malas tetap menghalangku, tapi, kali ini aku kuatkan diri untuk mencari seberapa banyak ilmu agama, aku dekatkan diri dengan perpustakaan dan meminjam beberapa buku berkaitan agama. aku baca, aku renung, aku fikir dan mencari.
Sehingga sekarang,.

Apabila ramadan ini datang menjelma, aku nekad untuk mengambil kesempatan yang telah tuhan berikan padaku untuk mendekatkan diriku padanya. terawih pertama telah aku laksanakan, subuh pada keesokan harinya yang telah lama aku tinggalkan kini aku cuba untuk gagahi laksanakanya di masjid. segala solat lima waktu yang diamanahkan aku cuba lakukan, Alhamdulillah, aku berjaya laksanakan. namun, sampai bila hidayah nei akan berkekalan? aku pun tak tau.
Apabila menunaikan solat subuh di subuh, kita baru ku sedar, bukanlah aku sahaja yang abaikan solat subuh, tapi ramai lagi. Bermacam2 artikel telah aku telaah, antara yang aku dapat ialah solat subuh yang menjadi perkara kekuatan utama umat islam. namun apa yang aku lihat? berapa orang yang sanggup berjemaah ketika subuh? korang semua boleh la pk sendiri.
ceritaku bukan sekadar cerita. mungkin ada antara pembaca yang menerima nasib yang sama, setiap hari kita menyaksikan penderitaan saudara kita di negara luar, kita membenci musuh islam, setiap hari kita berkatakan kita sanggup mati untuk islam, tapi berapa orang sahaja yang sanggup bangun untuk solat subuh? x ramai kan?. apa yang inginku seru disini agar kita sama2 bangunkan kekuatan kita, kekuatan persaudaraan kita. tegakkan perkara asas islam kerana disitulah terletaknya kekuatan sebenar orang-orang islam dan bukanya terletak pada sehebat mana kita mampu menggunakan senjata canggih.
saudaraku, jika kita benar2 sanggup mengorbankan nyawa kita untuk islam, latihlah diri dengan solat subuh berjemaah kerana aku yakin, tidak ramai yang sanggup melakukanya walaupun kelihatan perkara ini amat mudah. BANGUNLAH SAUDARA-SAUDARAKU. KEKUATAN KITA TERLETAK PADA SOLAT. RUNTUH SOLAT, RUNTUHLAH ISLAM.

Iblis Bertanya Allah Menjawab

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."


Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

(Hadis Riwayat Muslim)