Thursday, April 19, 2012

Apakah dia jodohku? Seorang yang ada dalam doaku

Yaa……Rabbi……..
Aku berdoa untuk seorang
akhwat yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang yang akan meletakkanku pada posisi di hatinya setelah Engkau dan Muhammad shallahu’alaihiwasalam
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tapi juga untuk-Mu dan orang lain

Wajah, fizikal, status atau harta tidaklah penting
Yang penting adalah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat baikMu ada pada pribadinya
Dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidak sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku, tapi juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku, tetapi juga dapat menasihatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana rupaku, hartaku atau statusku tapi kerana Engkau

Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang membuatku merasa sebagai lelaki soleh ketika aku berada di sisinya
Seseorang yang sabar mengingatkan saat diriku lalai terhadapMu



Ya..Rabbi……
Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup

Aku tidak mengharap dia semulia Fatimah Radhiyallahuanha, tidak setaqwa Aisyah Radhiyallahuanha ,Pun tidak secantik Zainab Radhiyallahuanha, apalagi sekaya Khadijah Radhiyallahuanha.
Aku hanya mengharap seorang akhwat akhir zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka,
Membangun keturunan yang soleh,
Membangun peradaban,
dan membuat Rasulullah shallahu’alaihiwasalam bangga di akhirat

Kerana aku sedar aku bukanlah
orang yang semulia abu bakar Radhiyallahu,
Atau setaqwa umar Radhiyallahu, pun setabah Usman Radhiyallahu,
Ataupun sekaya Abdurrahman bin auf Radhiyallahu, setegar zaid Radhiyallahu
Juga segagah Ali Radhiyallahu, apalagi setampan usamah Radhiyallahu.
Aku hanyalah seorang lelaki akhir zaman
yang punya cita - cinta


Ya…..Rabbii …….
Aku juga meminta, Jadikanlah ia sandaran bagiku
Buatlah aku menjadi ikhwan yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku

Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta membantunya setiap saat
Kota Baghdad tak dibangun dalam sehari, namun boleh hancur dalam sekelip mata
Pernikahan, bukanlah akhir dari sebuah perjalanan
Tapi awal sebuah langkah
Kerananya, jadikanlah kelak pernikahan kami sebagai titian
Untuk belajar kesabaran & redha-Mu, ya Rabbi

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
” Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang
dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan….

Astaghfirullah, Wallahu’alam
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 26 BUAT SAHABATKU NURRUL SEMOGA HIDUPMU SENTIASA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH : )



Saturday, April 14, 2012

Buat teman-teman semua

Asalamualaikum buat sahabat2 semua.. Rasanya dah lama saya tak update blog saya ni.Maaf la sebab sekarang ni sibuk ngn keje dan SCRIPTER.Insyallah saya akan selalu update blog ni untuk kita sama-sama share info.hope you all enjoy..

NAk berhenti kerja..??

JULIANA BONUS BT CHE ROSS

NO 834,LORONG BAHGIA

TAMAN SEJAHTERA

06600

MUHAMAD YUSOP

PLOT 131A,

JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,

14100 BUKIT MINYAK,

SEBERANG PERAI TENGAH, NO 834,LORONG BAHGIA

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap

permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin



berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC.. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5?S tidak masuk dalam carta ERA.

4.. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII. .. … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH.. .

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! …baru ada keadilan…. ..Aminnnn.

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … …. … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. **Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..

IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … …. … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

JULIANA BONUS BT CHE ROSS

12 Aurat Wanita..

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Pengaruh doa dalam kehidupan


DOA adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56 bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”
Ketika menjelaskan perkara sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan, (Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah SWT dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.
Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.
Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT? Seorang sahabat Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
‘Wahai Sa’ad, makanlah makanan baik (lagi halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak dikabulkan doanya selama 40 hari.
“Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram maka neraka layak untuknya”. (Riwayat Thabrani)
Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab tertentu. Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:
Pertama: Suci daripada hadas besar dan kecil;
Kedua: Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW;
Ketiga: Berdoa dengan ikhlas, suara perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat;
Keempat: Berdoa terus menerus sama ada ketika senang atau susah tanpa putus asa;
Kelima: Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.
Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal ini ingin saya mengingatkan umat Islam bahawa terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi)
Adalah menjadi tanggungjawab ulama, sidang pembaca dan umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.
Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insya-Allah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan organisasi.
Berdasarkan peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW itu, amat yakin mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak terlepas begitu saja. Sebagai peringatan berhubung tingkah laku kita, marilah kita menghayati firman Allah SWT ini.
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.’ (Surah Fussilat:46)

Permaisuri hati yang pertama


Antara ciri isteri solehah adalah yang sentiasa melaksanakan perintah Allah dan taat serta membantu suami dalam keadaan senang dan susah. – gambar hiasan
SESEORANG lelaki dikatakan lengkap beragama dalam aspek kesempurnaan ibadahnya apabila hidupnya didampingi seorang wanita bergelar isteri.
Semua makhluk di atas muka bumi inginkan keseronokan dan kegembiraan hidup berpasangan dan beranak pinak terutama manusia yang memperolehinya melalui hasil ikatan suci pernikahan.
Situasi ini tidak begitu jauh bezanya dengan kita semua jika dibandingkan penghulu segala nabi dan rasul kita Nabi Muhammad SAW yang juga memiliki sebuah keluarga seperti mana insan lain.
Walau pun sesetengah pihak menyatakan cara dan bentuk penyatuan atas nama pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid sedikit menongkah ‘uruf (amalan kebiasaan) atau adat di mana menurut Thobaqot Ibnu Sa’ad bahawa Saidatina Khadijah, seorang tokoh korporat wanita terkaya di Kota Mekah pada waktu itu memberanikan diri meminang Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya.
Paparan sejarah itu bukanlah suatu ‘kesilapan’. Allah SWT yang mengaturkannya. Namun, ia menunjukkan bahawa adalah salah satu jalan yang lebih telus dalam menjunjung tinggi tatasusila bersadurkan panduan Ilahi.
Terlalu sarat dengan pengajaran untuk kita memetik paparan kehidupan rumahtangga Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah.
Bermula daripada nabi beruzlah (mengasingkan diri dalam beribadah) di dalam Gua Hira’ yang akhirnya menerima wahyu pertama daripada Allah SWT menerusi malaikat Jibril a.s dengan penganugerahan surah pertama al-Qalam yang bermula dengan perintah Allah SWT bacalah – Iqra.
Maka bermulanya pengalaman baru ke atas diri baginda yang ketakutan dan resah gelisah. Sekembalinya ke rumah, baginda berbaring di tempat tidur dan meminta agar diselimuti. Dalam pada itu juga suhu badan baginda meningkat agak tinggi.
Baginda yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya.
“Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.”
Kehebatan seorang isteri pada diri Saidatina Khadijah begitu tinggi dengan timbulnya rasa kerisauan lalu dirawatnya baginda SAW.
Sejurus diceritakan segala detik yang dialami oleh nabi kepada permaisuri hatinya maka dengan kata-kata lemah lembut dan manis itulah yang membuatkan hati baginda tenang. Perasaan takut yang di raut wajah nabi hilang berganti cerah dan terang.
Seterusnya, dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah menerima Islam.
Saidatina Khadijah mengucapkan selamat buat suaminya kerana telah dinaikkan darjat yang tertinggi untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Lantas dengan peristiwa itu, isteri nabi adalah orang yang pertama memeluk agama baru itu. Begitulah kehebatan Saidatina Khadijah yang datang daripada golongan Quraisy Abdul Uzza yang menduduki tempat terhormat sebagai permaisuri hati pertama Rasulullah SAW memiliki keluhuran dan keunggulan peribadi bahkan beliau juga mempunyai nama jolokan masyarakat Mekah pada waktu itu iaitu Thohirah.
Sesungguhnya , insan pilihan Allah bernama Nabi Muhammad terlalu bertuah memiliki seorang permaisuri hati yang sentiasa tenang dan berupaya menenangkan jiwa baginda sewaktu menghadapi pelbagai tribulasi daripada Allah.
Maka, tidak hairanlah Saidatina Khadijah seorang wanita berhati waja yang diberi gelar Ummul Mukminin (ibu bagi orang mukmin) yang merupakan penyokong kuat usaha Rasulullah SAW dalam memantapkan usaha-usaha dakwah.
Beliau bukan sahaja sanggup mengorbankan hartanya, bahkan perasaannya semata-mata ingin memastikan kejayaan terhadap usaha dan perjuangan baginda.
Andai dalam kehidupan kita sebagai umat nabi memiliki insan istimewa seperti itu, maka tiada sebab untuk tidak berhasil mencapai status rumahku syurgaku’.
Biar pun secara fiziklnya , Saidatina Khadijah tidak menerima sebarang ancaman daripada golongan kuffar dan musyrikin, namun sebagai seorang isteri yang sentiasa taat dan setia bersama suami tercinta , beliau turut merasai tempias penderitaan dalam menyampaikan kebenaran agama Allah.
Rasulullah terus dibajai semangat kerana insan teristimewa dalam hidup baginda bertindak menjadi pendukung kuat bersamanya.
Contohnya, semasa tempoh mendepani mehnah (ujian) getir dalam peristiwa pemulauan oleh kafir musyrikin terhadap kabilah Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang mengambil masa selama tiga tahun.
Pengorbanan insan hebat itu menjadikan Rasulullah SAW sentiasa melangkah gagah dalam meninggikan syiar Islam. Semua itu bukan perkara mudah sehinggakan beliau sanggup melepaskan segala bentuk harta dan kemewahan demi mutiara keimanan kepada Allah SWT dan suaminya yang merupakan kekasih pilihan Allah.
Betapa kasih dan cintanya nabi kepada permaisuri hatinya setelah Saidatina Khadijah pergi mengadap Allah SWT ke alam baqa amat jelas terpapar. Kerana diriwayatkan pada suatu hari Khaulah binti Hakim bertanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, apakah tuan kesepian setelah berpisah dengan Saidatina Khadijah?
Rasulullah SAW lantas menjawab katanya: “Ya… Demi Allah,Khadijah itu seorang pentadbir dan suri rumah yang baik.”
Memang benar sejurus kemudian, baginda mengahwini Saidatina Sa’udah binti Zum’ah dan juga Saidatina Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq.
Namun, perasaan kasih dan cinta nabi yang menebal terhadap permaisuri hati pertamanya menimbulkan perasaan cemburu di hati Saidatina ‘Aisyah.
Akhlak mulia
Kehebatan akhlak mulia Saidatina Khadijah bukan sahaja diabadikan oleh nabi bahkan beliau juga dipandang tinggi oleh Allah SWT.
Sewaktu hayat Saidatina Khadijah, diriwayatkan bahawa Allah SWT telah menyampaikan salam-Nya kepada beliau melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s yang disampaikan kepada suaminya nabi Muhammad SAW.
Kesimpulannya, itu bukti betapa besarnya bukan sahaja cinta dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada isteri baginda, malahan dengan pengorbanan secara kulli (keseluruhan) yang disumbangkan dalam menyebarkan Islam.
Ia dibuktikan dengan Ibnu ‘Abbas menceritakan bagaimana Saidatina Khadijah daripada sudut pandang Rasulullah SAW.
Justeru , diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat satu garisan di atas tanah.
Maka baginda pun bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu sekelian mengetahui tentang garisan ini?
Para sahabat menjawab: ” Allah SWT dan rasul-Nya lebih mengetahui.”
Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam binti ‘Imran , Asiah binti Muzahim (permaisuri Firaun) , Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhamad.”

Bab Tauhid

A. PENGERTIAN AGAMA

Agama ialah Petunjuk Tuhan untuk mengetahui kehidupan dan penghidupan serta keperluan manusia seluruhnya dipermukaan bumi yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang didasarkan atas iman dan takwa.

1. Mengapa Agama Itu Perlu
Allah SWT menciptakan manusia dengan kelengkapan alat agar mereka dapat menjalani hidup di dunia ini dengan cara yang betul dan sesuai dengan tabiat manusia itu sendiri.
Mereka dilengkapkan dengan hawa nafsu untuk menjadikan manusia itu sebagai golongan yang sederhana tidak meningkat ke taraf malaikat dan tidak turun darinya sehingga menjadi haiwan. Manusia itu dibekalkan dengan akal fikiran.
Hawa nafsu sentiasa memujuk, mengajak manusia melakukan sesuatu tanpa memikirkan apakah akibat yang akan menimpanya. Nafsu akan berjalan terus, umpamanya, akan memakan sesuatu tanpa memikirkan apakah benda itu boleh dimakan atau sebaliknya. Dengan itu Allah memberi mereka akal sehingga ia perlu kepada petunjuk yang tidak sampai terfikir oleh akal sehingga ia perlu kepada petunjuk Allah yang memberi petunjuk ke arah jalan yang sebenarnya. Bukan semua perkara dapat difikirkan oleh akal yang cetek ini.
Dengan itu, akal ini perlu kepada agama sebagai suatu jalan ke arah kejayaan dunia sehingga ke akhirat.

2. Apa Dia Agama Islam
Islam merupakan suatu agama yang dibawa oleh para Rasul a.s. dan Nabi Muhamad s.a.w. pembawa agama yang terakhir yang datangnya dari Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w adalah penyudah segala Rasul dan tiada lagi nabi sesudahnya.
Maka Agama Islam dapatlah diertikan sebagai:
Petunjuk Allah s.w.t yang terakhir yang disampaikan oleh Rasul yang bernama Muhamad s.a.w untuk menggantikan semua peraturan serta petunjuk yang disampaikan sebelumnya. Petunjuk seluruh dunia untuk selamanya.

3. Tujuan Agama Islam
Tidak dapat dinafikan bahawa Islam itu mempunyai tujuan yang sangat banyak; memadailah diringkaskan di sini sekadar yang agak perlu. Antara lain tujuannya ialah:
a. Memperbaiki kepercayaan kepada zat Allah Yang Maha Esa.
b. Memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap pencipta alam ini.
c. Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain daripada Allah SWT.
d. Menghapuskan penyembahan kepada berhala dan benda-benda.
e. Memberi petunjuk bagaimana cara mengabdikan diri kepada Allah.
f. Mengatur cara beribadat.
g. Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia.
h. Mengatur hukum-hukum keseksaan atau jenayah yang sesuai dengan manusia.
i. Menegakkan keadilan dan keturunan.
j. Mengatur hukum kekeluargaan dan keturunan.
k. Mempertinggikan akhlak manusia.
l. Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan.


4. Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadat
2. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam
3. Menunaikan zakat harta dan zakat badan
4.Puasa pada bulan Ramadan
5. Mengerjakan Haji ke Baitulllahi-haram di Mekah
Rukun ertinya tiang yang perlu memerlu antara satu sama lain. Tiap-tiap rukun itu mestilah ada sehingga menyebabkan tertegaknya Islam yang sempurna.

Rukun Islam itu ada lima (5) perkara:

i.Mengucap dua kalimah syahadah iaitu:

Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Syahadat ini hendaklah dilafazkan atau disebut dengan lidah dan ditasdiqkan atau diingatkan dengan tetap didalam hati.

ii. Mendirikan shalat lima waktu sehari semalam iaitu;
(a) Zuhur - sebanyak empat (4) rakaat
(b) Asar - sebanyak empat (4) rakaat
(c) Maghrib - sebanyak tiga (3) rakaat
(d) Isyak - sebanyak empat (4) rakaat
(e) Subuh - sebanyak dua (2) rakaat

iii. Menunaikan zakat harta dan zakat badan
Zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila cukup nisab atau bilangan dan cukup satu tahun atau haul. Harta-harta yang dikenakan zakat harta adalah seperti:
(a) Binatang ternakan
(b) Emas dan perak
(c) Tanaman sepeti padi, jagung, tamar, gandum dan sebagainya
(d) Buah-buahan seperti anggur dan sebagainya
(e) Harta karun.
Zakat badan ataupun zakat fitrah merupakan zakat barang makanan yang mengenyangkan bagi tiap-tiap negeri-negeri apabila cukup bulan Ramadan bagi setiap orang Islam apabila mempunyai kelebihan makanan pada malam 1 Syawal dan siangnya untuk dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungannya.

iv. Puasa pada bulan Ramadan
Walau bagaimanapun bagi mereka yang berikut dikecualikan dari berpuasa iaitu:
(a) Orang yang sakit, sekiranya ia berpuasa juga menyebabkan bertambah mudarat atau lambatnya sembuh.
(b) Orang yang sedang dalam perjalanan yang lebih dari 56 batu (tetapi kalau tidak menyusahkan maka meneruskan puasa adalah lebih baik dengan syarat dari bertolak itu hendaklah sebelum subuh).
(c) Orang perempuan yang sedang mengandung.
(d) Orang perempuan yang sedang menyusu anak.

v. Mengerjakan haji ke Baitullahil-haram di Mekah al-Mukaramah bagi mereka yang berkemampuan dari segi:
(a) Belanja pergi dan balik
(b) Belanja orang yang menjadi tanggungannya yang tinggal.
(c) Kesihatannya.
(d) Keselamatan jalan dan keselamatan kenderaan yang dinaikinya.
(e) Sempat masa perjalanan mengikut perjalanan biasa.


B. PENGERTIAN IMAN

Iman ertinya kepercayaan, iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan terhadap Allah SWT, Rasulullah s.a.w. iaitu Nabi Muhammad s.a.w., serta apa yang dibawanya dari Allah SWT, serta mempercayai Malaikat-Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul serta Nabi-Nabi yang terdahulu, hari Akhirat atau hari kebangkitan dan Qadak serta Qadar.
Mereka yang mempunyai kepercayaan seumpama ini disebut sebagai mukminin atau mukminat bagi pihak perempuan.

1. Rukun Iman

1. Percaya Kepada Allah
2. Percaya Kepada Malaikat
3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
4. Percaya Kepada Rasul-Rasul
5. Percaya Kepada Hari Kiamat
6. Percaya Kepada Qadak dan Qadar

Rukun Iman ada enam (6) perkara:
i. Percaya kepada Allah SWT.
ii. Percaya kepada Malaikat-Malaikat.
iii. Percaya kepada Kitab-Kitab.
iv. Percaya kepada Rasul-Rasul.
v. Percaya Hari Kiamat/Hari Pembalasan.
vi. Percaya Qadak dan Qadar.

i. Percaya kepada Allah SWT.
Maksudnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang menciptakan alam ini dan Dialah yang berhak disembah. Ringkasnya mempercayai adanya Allah SWT sebagai pencipta alam dan tidak memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau akhirat melainkan keranaNya Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.

ii. Percaya kepada Malaikat-Malaikat.
Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya. Mereka itulah yang disebut Malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang diciptakan begitu rupa tanpa mempunyai nafsu tetapi berakal yang tidak sekalipun menderhakai Allah SWT. Mereka tidak lelaki dan tidak perempuan, bukan jin dan bukan syaitan iainya dijadikan daripada nur atau cahaya. Jumlah Malaikat ini tidak terhingga banyaknya.



Sepuluh (10) Malaikat yang wajib diketahui dan tugas-tugasnya:
Malaikat-Malaikat dan Tugas-tugasnya
(i) Jibrail `alaihissalam - bertugas menyampaikan wahyu.

(ii) Izrail `ailaihissalam - bertugas mencabut nyawa.
(iii) Mikail `alaihissalam - bertugas memberi rezeki.
(iv) Israfil `alaihissalam - bertugas meniup sangkakala.
(v) Mungkar `alaihissalam - bertugas menyoal ahli kubur.
(vi) Nakir `alaihissalam - bertugas menyoal ahli kubur.
(vii) Raqib `alaihissalam - bertugas menulis kebajikan.
(viii) 'Atid `alaihissalam - bertugas menulis kejahatan.
(ix) Malik `alaihissalam - bertugas menjaga neraka.
(x) Ridhwan `alaihissalam - bertugas menjaga syurga.

iii. Percaya Kitab-Kitab
Kitab ini ialah suatu undang-undang dasar atau sebagai pendoman dalam memberikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin. Kitab ini diberikan kepada para Rasul utusan Allah. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai kitab wajib mereka itu mengikut dasar kitab yang terdahulu daripadanya.
Kitab-kitab terbahagi kepada dua (2) iaitu:
(a) Suhuf
(b) Kitab

Suhuf
Suhuf ini hanya merupakan pendoman yang tidak begitu jelas dari segi kandungannya hanya penjelasan hukum-hukum dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf ini diturunkan berjumlah 100 buah iaitu diberikan kepada:


Nabi-Nabi s.a. Bilangan Suhuf
(i) Nabi Allah Shith alaihissalam 50 Suhuf
(ii) Nabi Allah Idris alaihissalam 30 Suhuf
(iii) Nabi Allah Ibrahim alaihissalam 10 Suhuf
(iv) Nabi Allah Musa alaihissalam 10 Suhuf

Kitab

Kitab merupakan satu peraturan yang lengkap meliputi peraturan dan dasar-dasar ketuhanan baik yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat, yang berhubung dengan zahir mahupun yang batin.Kitab yang diturunkan berjumlah empat (4) buah iaitu:

(i) Taurat - diturunkan kepada Nabi Allah Musa alaissalam.

(ii) Zabur - diturunkan kepada Nabi Allah Daud alaissalam.

(iii) Injil - diturunkan kepada Nabi Allah Isa alaissalam.

(iv) Al-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a. w.

Setelah Al-Quran diturunkan, maka kitab-kitab sebelumnya terbatal dengan sendirinya. Umat Muhammad s.a.w kini hanya menggunakan Al-Quran sebagai sumber peraturan dan undang-undang. Kitab-kitab terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana peraturan yang tercatat hanya sesuai ketika itu sahaja dan banyak berlaku ubahsuai oleh orang yang berkepentingan peribadi. al-Quran adalah diturunkan sesuai untuk semua zaman dan keadaan dan terpakai sehingga akhir zaman.

iv. Percaya Kepada Rasul-Rasul.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan dua jenis manusia untuk memberi pedoman dan pengajaran serta mengajak manusia supaya mengesa dan beribadat terhadap Allah SWT dan melakukan perbuatan yang baik untuk mencapai kejayaan dunia sehinggalah hari akhirat. Mereka ini adalah:
(i) Nabi-Nabi
(ii) Rasul-Rasul

(i) Nabi-Nabi
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang diwahyukan oleh Allah SWT supaya dia melakukan perbuatan yang baik hanya untuk dirinya sendiri dan tidak pula disuruh untuk menyampaikan kepada orang lain. Faedahnya mereka ini adalah menjadi tauladan kepada yang lain atau kaumnya. Jumlah sebenarnya bilangan Nabi-Nabi dan Rasul adalah terserah kepada Allah SWT. Menurut keterangan didalam riwayat Mardawih bahawa jumlah Nabi-Nabi adalah sebanyak 124,000 orang. Sementara yang menjadi rasul sebanyak 313 orang sahaja.Didalam Al-Quran disebut dua puluh lima (25) orang Rasul.

(ii) Rasul-Rasul
Rasul adalah seorang manusia lelaki merdeka yang diwahyukan oleh Allah supaya dia beramal untuk dirinya sendiri seterusnya menyampaikan kepada kaumnya, umatnya atau orang lain. Setiap nabi tidaklah Rasul tetapi setiap Rasul adalah Nabi.

25 Nama-Nama Rasul
Nama-nama Rasul yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam yang mukmin hanya 25 orang sahaja sebagaimana berikut:


1. Adam a.s.
2. Idris a.s
3. Nuh a.s.
4. Hud a.s.
5. Salih a.s.
6. Ibrahim a.s.
7. Lut a.s.
8. Ismail a.s.
9. Ishak a.s.
10. Yaakub a.s
11. Yusuf a.s.
12. Ayub a.s.
13. Syuib a.s.
14. Musa a.s.
15. Harun a.s.
16. Zulkifli a.s
17. Daud a.s
18. Sulaiman a.s
19. Ilyas a.s.
20. Ilyasa' a.s
21. Yunus a.s
22. Zakaria a.s
23. Yahya a.s.
24. Isa a.s.
25. Muhammad s.a.w.


v. Percaya Kepada Hari Kiamat/Hari Pembalasan.
Masalah yang berhubung dengan hari kiamat amat panjang huraiannya tetapi memadailah didalam buku pedoman ini disentuh.Perkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat adalah bertolak dari kepercayaan kepada:
(i) Adanya mati.
(ii) Pembalas di kubur- azab atau nikmat.
(iii) Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.
(iv) Hari Mahsyar- kesemua manusia, jin akan dikumpulkan disuatu padang disebut Padang Mahsyar.
(v) Dihisab segala amalan baik dan buruk dengan timbangan yang adil.
(vi) Meniti titian.
(vii) Ke Syurga atau ke neraka.

Maksud Firman Allah SWT;
"Sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang tidak syak lagi padanya. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang-orang yang berada didalam kubur".
Setiap orang akan merasai mati. Mati ertinya nyawa sebagai amanah Allah SWT dipisahkan dari badan.Kembalilah kejadian manusia kepada tanah menurut kejadian asal.Hubungannya dengan alam zahir akan terputus, hanya perbuatan amalan sahaja diberikan pertimbangan di alam kubur. Tiga perkara yang dapat dihitungkan iaitu:
(a) Harta wakaf
(b) Ilmu pengetahuan yang dipergunakan oleh orang yang tinggal didunia.
(c) Anak yang solih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibubapanya.
Perlu diingatkan bahawa tidak dapat dibayangkan bagaimana cara menimbang dosa dan pahala. Cukuplah diyakini bahawa dengan penuh keimanan cara timbangan itu kepada kuasa Allah SWT.
Firman Allah didalam surah Al-Qari'ah ayat 6-9 bermaksud:
"Sesiapa yang berat timbangan pahalanya maka ia dimasukkan ke dalam kehidupan yang diredai dan sesiapa yang ringan timbangan pahalanya maka mereka inilah akan mendapat neraka Hawiah. Apakah engkau mengetahui ya Muhammad apakah dia neraka Hawiah? Itulah dia neraka yang sangat panas"
Syurga ialah tempat yang indah bagi mereka yang beriman dan sentiasa patuh serta taat kepada perintah Allah didunia. Kesenangan didalamnya amatlah berbeza sekali dengan apa yang dinikmati didunia dan tidak dapat dibayangkan oleh hati manusia. Keadaan yang digambarkan oleh al-Quran sebagaimana berikut:
(a) Tidak akan tua.
(b) Tidak gugur giginya
(c) Tidak berkedut kulitnya
(d) Tidak ada buang air besar atau kecil.
(e) Tidak ada haid
(f) Tidak ada daki.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud:
"Didalamnya terdapat kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dihati".

C. SYAHADAT DAN RUKUNNYA
Syahadat ertinya penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Apabila seseorang itu mengucapkan syahadat bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.

1. Fardu Syahadat
Fardu Syahadat itu terbahagi dua;
(i) Diikrar dengan lidah
(ii) Ditasdiq dengan hati
Setiap syahadat itu hendaklah diakui terutama bagi orang yang bukan Islam yang baru memeluk Islam iaitu hendaklah lidahnya mengucapkan penyaksian itu sama ada didalam bahasa Arab ataupun bahasanya sendiri, dengan melafazkan:
Maksudnya;
"Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

2. Syarat Sah Syahadat:
Syarat sah syahadat adalah empat perkara:
(i) Diketahuinya.
(ii) Diikrar dengan lidah atau pengakuan dengan lidah.
(iii) Ditasdiqkan dengan hati.
(iv) Diamalkan dengan anggota.

D. PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM, KAFIR, MURTAD DAN MUNAFIK

1. IMAN
Ertinya kepercayaan yang terbitnya dari hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar datangnya dari Allah SWT. Maka ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Maka orang lelaki yang beriman disebut mukmin dan orang perempuan yang beriman disebut mukminah.

2. ISLAM
Islam ertinya tunduk dan patuh menurut segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Lelaki disebut muslim dan perempuan disebut muslimah. Iman dan Islam tidak boleh dipisahkan atau diceraikan untuk mendapat kelepasan azab di hari akhirat nanti.

3. KAFIR
Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran agama Islam tidak mengetahui ketuhanan Allah Yang Maha Esa dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir ini boleh memeluk Islam apabila ia merasa yakin akan ketuhanan Allah dan kebenaran Rasulullah s.a.w dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadah.

4. MURTAD
Murtad secara umumnya bolehlah ditakrifkan iaitu seorang Islam yang telah terkeluar dari agama Islam baik secara langsung atau tidak. Samada ia kembali kepada agama asalnya atau menganut agama lain ataupun tidak menganut mana-mana agama. Orang murtad, segala amalan pahala amalannya akan gugur dan diberikan pembalasan dengan dimasukkan ke dalam api neraka buat selama-lamanya.
Maksud firman Allah didalam surah al-Baqarah 217:
"Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya (yakni dari agama Islam ) kemudian ia mati di dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka didunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal didalamnya buat selama-lamanya".
Di antara sebab seseorang itu menjadi murtad adalah:
• Sujud atau tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana paksaan.
• Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia, sifat-sifat Allah, al-Quran, Hadis Nabi s.a.w., hukum syarak, Rasul-rasul, perintah laranganNya dan sebagainya.
• Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar dari Islam hal keadaannya secara ikhtiar atau pilihan diri bukannya paksaan.

5. MUNAFIK
Munafik ialah orang yang menurut zahirnya beragama Islam tetapi hatinya, jiwanya tidak beriman. Atau bolehlah dikatakan munafik orang yang berpura-pura beragama islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu kaum munafik ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Orang munafik atau berpura-pura ini telah dijanjikan oleh Allah SWT akan dimasukkan ke dalam api neraka jahanam.
Maksud firman Allah didalam surat al-Taubat 68:
"Allah SWT telah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan, begitu juga orang-orang kafir akan dimasukkan ke dalam api neraka jahanam kekal mereka itu didalamnya. itu cukup untuk mereka. Allah mengutuk (menjauhkan dari rahmatnya) mereka dan bagi mereka itu diberikan seksa yang tetap"
Maksudnya firman Allah didalam surah al-Nisak 145:
"Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat bawah sekali dari (di dalam) nereka dan sekali-kali mereka tidak diberi pertolongan"

wallahu a`lam...

Mencari Hidayah

Tazkirah Hati :
Perhatikanlah hatimu, wahai teman...

Sabda Rasulullah Shalallahu'alaihi wassalam,
"Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya, dan siapa yang tak suka bertemu Allah, Allah juga tak suka menerimanya."

Sahabat RA berkata : Ya Rasulullah, kita semua tak suka mati

Jawab Rasulullah SAW : Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang malaikat yang membawa khabar gembira kepada apa yang dijanjikan Allah kepadanya, sehingga ia suka dan senang akan bertemu dengan Allah, sebaliknya orang kafir jika akan mati, datang malaikat yang mengancamnya dengan seksa Allah, yang dihadapinya sehingga ia tidak suka bertemu dengan Allah."

Firman Allah SWT:
Al-Quran : Surah Al-An'am
[125]
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
[126]
Dan inilah jalan Tuhanmu (Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat – insaf.

Nabi SAW bersabda, menerangkan ayat tersebut : Nur Islam jika masuk ke dalam hati, maka lapanglah dada.
Lalu ditanya : Apakah ada tandanya?
Jawab Rasulullah SAW : Ya. menjual (keluar) dari tempat-tempat tipuan dan cenderung kepada tempat yang kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelum tibanya.

Seterusnya Nabi SAW berpesan, "Pergunakanlah lima sebelum lima.
1. Muda mu sebelum tua mu.
2. Sihat sebelum sakit mu.
3. Lapang mu sebelum tiba waktu sibuk mu.
4. Kaya sebelum miskin mu.
5. hidup sebelum mati mu.

Antara hak asasi manusia dan kehendak agama..


Asalamualaikum.
Baru-baru ini kita dihebohkan dengan pembongkaran tentang masalah gay dan lesbian di negara kita.dan ada juga terjadi kes perkahwinan sama jantina.Bagi golongan-golongan ini, mereka menggunakan alasan atas nama hak asasi manusia untuk melakukan perkara yang salah dan bertentangan dengan agama islam ini.
Kalau kita lihat rakyat Malaysia mempunyai hak asasi sebagai manusia yang dilindungi undang-undang. Hak asasi ialah asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dunia. Pengabaian hak asasi manusia akan mengakibatkan kemusnahan kepada alam dan penghuninya.
Hak asasi atas nama manusia semata-mata berbeza dengan hak asasi atas nama manusia beragama Islam atau agama lain di dunia. Contohnya, setiap manusia mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan mengikut agama dianuti, tetapi kebebasan beragama ini tidak terpakai kepada ‘manusia yang beragama Islam’ kerana kepada setiap Muslim, menukar agama bukan hak tetapi satu kesalahan.
Hakikat ini bukan menidakkan kesamarataan antara manusia tetapi kerana sifat hak asasi itu sendiri yang tertakluk kepada kebebasan beragama. Justeru, pengamalan hak asasi perlu mengikut garis panduan yang dibatasi kepercayaan dan justifikasi perbezaan hak dan tanggungjawab.
Agama Islam menjamin hak setiap manusia. Hak asasi setiap Muslim tertunai apabila tanggungjawab terhadap Allah SWT dan Muslim lain turut ditunaikan. Tiada siapa yang layak menuntut hak sekiranya tidak mahu melangsaikan tanggungjawab.
Seorang rakyat contohnya, hanya layak mendapat hak sebagai warga negara apabila tanggungjawab terhadap pemerintah ditunaikan. Begitu juga pemimpin negara, ketua rumah tangga mahupun seorang abang kepada adik.
Sifat terpenting hak asasi seperti termaktub dalam deklarasi antarabangsa hak asasi manusia bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti ‘Universal Islamic Declaration of Human Rights 1981’ dan ‘Cairo Declaration of Human Rights in Islam 1990’ dan Barat seperti ‘Universal Declaration of Human Rights 1948’ adalah keterbatasan hak itu.
Kebebasan tanpa batas seperti yang sering dilaungkan apabila manusia menuntut hak individu sangat bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak asasi mempertahankan hak setiap individu, tetapi sekiranya hak individu menafikan hak masyarakat, hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih penting dan manfaat yang lebih besar.
Hari ini, ramai yang memahami hak asasi dalam konteks hak tanpa batasan. Sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan menjaga gangguan lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang.
Apabila mahkamah tidak membenarkan permohonan pertukaran agama Islam kepada agama lain contohnya, mahkamah dan sistem kehakiman dikatakan membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi serta kebebasan beragama, sedangkan hak itu tidak terpakai kepada penganut Islam.
Selain keterbatasan dalam hak individu, sifat hak asasi manusia dalam sesebuah negara juga tertakluk kepada kepercayaan agama, sosial, ekonomi dan budaya dalam negara itu. Sebab itu hak asasi dalam Deklarasi Antarabangsa bersifat umum, kerana ia bertujuan memberi peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia.
Apabila negara di Barat mengiktiraf hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual, ia bukan bermaksud hak ini sebagai hak asasi manusia secara umum, tetapi hak asasi manusia yang bukan Islam di Barat.
Pengiktirafan itu sesuai dengan gaya hidup dan kepercayaan (bukan agama) di Barat bahawa perbezaan manusia tidak boleh diukur dengan perbezaan seksual. Di Barat, seseorang yang pembinaan sosialnya lebih terarah kepada sifat perempuan dan feminin akan diiktiraf sebagai perempuan walaupun sifat biologinya lelaki dan begitulah sebaliknya.
Justeru, di atas kepercayaan itu, mereka mengiktiraf hubungan atau perkahwinan sesama jenis dan hubungan tanpa batasan jenis seksual. Mereka menganggap beza setiap manusia ialah pada emosi serta pembinaan sosial yang menjadikan mereka feminin atau maskulin.
Saya percaya bahawa dalam konteks negara Malaysia, hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang bukan hak asasi manusia untuk rakyat Malaysia dan tidak pernah termaktub di dalam undang-undang.
Sebarang sokongan untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual patut diberi pengiktirafan tidak wajar dilakukan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan agama dan budaya setempat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf, ayat 80-81 bermaksud: “Dan Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.
Negara tidak akan menjadi mundur jika golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual tidak diberi pengiktirafan undang-undang mahupun sosial, bahkan ia meningkatkan imej dan identiti negara ini yang mempunyai wibawa yang berbeza dengan negara lain.
Pemikiran baru yang menyongsang identiti Malaysia ini mungkin mendapat sokongan landskap antarabangsa berstatus liberal serta ingin mengganggu gugat masyarakat Malaysia yang tidak memisahkan agama dalam cara hidup.
Perlu diingat, walaupun sebahagian besar kuasa Barat mengiktiraf kebebasan orientasi seksual dan identiti gender, terdapat pandangan lebih realistik di kalangan mereka yang menafikan pencabulan fitrah seksual manusia. Jangan pula kita yang lebih Barat daripada Barat!

Keyakinan terhadap Allah

SETIAP hari kita memohon doa ke hadrat Allah SWT sama ada pada waktu malam atau pun siang. Namun doa yang kita baca, lafaz yang dipohon kepada-Nya itu adakah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan?
Soalan ini perlu kita tanya pada diri sendiri dan perlu dijawab dengan penuh jujur dan keikhlasan. Ini kerana kita mesti meyakinkan Allah dengan keyakinan yang sekuat-kuatnya tanpa batasan.
Keyakinan dengan penuh tulus dan keikhlasan tanpa kepentingan-kepentingan tertentu. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini di atas segala kekuasaan Allah SWT, Yang Maha Menguasai dan Maha Mengetahui.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (al-Ahzab: 22)
Pada umumnya kehidupan manusia bergantung kepada suasana keadaan sekeliling. Namun bagi mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT perlu meyakini bahawa kehidupan ini adalah ketentuan dan ketetapan Allah di samping usaha yang dilakukan dan tawakal kepada Allah SWT.
Ini diperkukuh lagi dengan doa atau kata-kata yang sentiasa terucap di bibir, “Ya Allah aku sambut panggilan-Mu, aku menerima perintah-Mu dan aku reda atas kehendak-Mu.”
Allah SWT juga berkuasa menentukan dan menetapkan segala sesuatu dengan hukum dan peraturan tertentu. Ini seperti ketentuan pergerakan bulan dan matahari dan juga yang lain.
Sesungguhnya Allah SWT melakukan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya yang mencipta keselamatan dan kemakmuran.
Dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Ibrahim yang ditangkap oleh kaum kafir dan mencampakkan Nabi Ibrahim ke dalam api.
Kisah ini difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: …(setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah Dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! (al-Anbiya’: 68).
Selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud: Kami berfirman: “Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya). (al-Anbiya’: 69-70)
Mengapakah Allah, tidak menyelamatkan Nabi Ibrahim terlebih dahulu sebelum dicampak ke dalam api? Tentunya kita meyakini bahawa Allah SWT Maha berkuasa dan Maha Mengetahui.
Siapakah yang dapat berkomunikasi dengan api dan mengubah sifatnya yang membakar dan panas itu selain daripada Allah SWT?
Contoh lain yang dapat meningkatkan lagi keyakinan kita kepada Allah SWT ialah tentang kelahiran Nabi Musa dalam lingkungan orang-orang kafir.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Setelah itu Dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya Dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Hamman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah. (al-Qasas: 8)
Begitulah kekuasaan Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu di luar pemikiran dan kemampuan manusia. Keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT perlu dibina sejak dari kecil lagi khususnya mulai zaman kanak-kanak.
Pembinaan ini penting bagi memastikan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah SWT tidak akan pudar walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan godaan.
Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang ketika itu masih kecil dengan sabdanya yang bermaksud: “Engkau perlu tahu sekiranya terdapat manusia yang hendak merosakkan kamu, mereka tidak akan dapat melakukan kecuali jika telah tertulis dan ketetapan Allah sebagai takdir engkau.” (riwayat Tirmidzi: 2516)
Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah telah memberikan pendidikan tentang perlunya keyakinan yang tinggi kepada Allah di kalangan kanak-kanak.
Sesungguhnya Allah SWT Maha berkuasa, Allah dapat mengubah hukum alam dengan mudah dan cepat, memberikan keselamatan dalam keadaan bahaya, melahirkan seorang nabi di kalangan orang kafir, mengeluarkan air dari celah-celah batu dan juga mampu menghidupkan manusia atau haiwan yang telah mati.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati Dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya. (al-Baqarah: 72-73).
Peristiwa di atas menjelaskan tentang satu kejadian bunuh telah berlaku, namun tidak diketahui pembunuhnya “Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota lembu betina yang telah disembelih”.
Dengan izin Allah orang itu akan hidup kembali dan memberitahu pembunuhnya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Bukan itu sahaja, tetapi banyak lagi peristiwa yang menggambarkan dan membuktikan kekuasaan Allah SWT dan amat bermakna bagi orang yang berfikir.
Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Allah Ismail a.s, pisau tajam yang sepatutnya menyembelih leher Nabi Ismail tidak boleh menyembelih leher Nabi Allah Ismail, api yang membakar Nabi Ibrahim sepatutnya panas tetapi berubah menjadi sejuk, Allah SWT memerintahkan ikan yu supaya menelan Nabi Yunus a.s, Allah membelah laut yang luas demi menyelamatkan Nabi Musa dan pelbagai peristiwa lain yang menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib meyakini bahawa Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya Allah jua yang akan menyelamatkan umat Islam dan Islam daripada musuh-musuh-Nya.
Jika keyakinan kita kepada Allah SWT benar-benar mantap dalam diri dan jiwa, sudah tentu kita akan terus meyakini Allah SWT dalam apa jua keadaan yang mendatang

Al-Mas’udi – Pakar Geografi






” Abul Hasan Ali Al-Masu’di (أبو الحسن ، علي بن الحسين المسعودي) merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 957. Dilahirkan di Baghdad, dia juga merupakan seorang ahli sejarah, geografi dan falsafah. Dia pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan China serta menghabiskan umurnya di Syiria dan Mesir. Dia berasal dari keturunan sahabat Nabi Muhammad, Abdullah bin Mas’ud.

Abu al – Hassan ‘Ali b. Husayn b. ‘Ali al – Mas’udi atau Abu Hassan ‘Ali b. al – Hasyn b. ‘Abdullah al – Mas’udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas’udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun.
Bukunya Muruj adh-Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir (مروج الذهب و معادن الجواهر) (Padang Emas dan Lombong Manikam) yang ditulis pada 943, merupakan himpunan kisah perjalanan dan pembelajarannya. Ia menyentuh aspek sosial dan kesusasteraan sejarah, perbincangan mengenai agama dan penerangan geografi. Dia juga menulis buku Al-Tanbih wa al-Ashraf, yang merupakan buku terakhirnya.
 
 
SUMBANGAN AL-MAS’UDI
 
1. Bidang Ilmu Geografi 
Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain.
 
Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.
 
Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran  iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya : 
i. Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status),   iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi   oleh bulan.
 
ii. Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara 
yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang   di Selatan memiliki sifat lebih tafakur. 
iii. Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai 
 garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan
panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan. 
 
Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor ” Di Bumi Nyata ” dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.
 
Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.
2.Bidang Ilmu Pelayaran 
Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam.
 
Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Contohnya :
i. Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.
ii. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.
iii. Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.
 
Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada  ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.
 
Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.
 
Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan
China adalah setengah lingkungan bumi

jom berpantun : )

Singgah warung bertanya kapak
Hajat ke kebun terlupa parang
Salah orang kita nampak
Salah kita mengata orang

Masak gulai tidak bergaram
nasi berhidang bersisa padi
hutang halal riba tu haram
Apa lagi dibikin berjudi

Pisang setandan masak seiikat
tempat berpesta si cicak kubing
Hobi malam buat maksiat
Tak cukup dating pergi clubbing

Apa ditenung jam didinding
Malam di luar masih pekat
Sebelum ajal sangkakala berdering
Tanda kiamat dah nampak dekat

Budak budak main nyorok nyorok
seperti bunga menyorok kumbang
ingat tuhan bila menyorok
Belum nikah perut dah kembang

Nak jadi ketua belajar menipu
Nak tambah terror terima rahsuah
pengikut pula kaki pengampu
kelak bangsa hilang maruah

tandas lelaki tandas perempuan
pergi siam tukar jantina
siang lelaki malam perempuan
mana lelaki mana betina

buka tv cerita seram
tak syok! tukar cerita lucah
hati hati nafsu naik geram
esok lusah ditangkap basah

air sungai tawar rasanya
air laut masin lah pula
arak pula minyak neraka rasanya
dadah pula syurga dilupa

mengata orang rasa mulia
rupa rupanya hati dijangkit ujub
yang mulia yang lebih taqwa
kalau dah baik tak usah takjub

ikut nafsu badan lesu
ikut setan dosa bertan tan
ikut akal pun kekadang bisu
ikutlah agama benar pedoman

Cinta dunia tidak ke mana
cinta wanita cinta yang fana
cinta rasul rasa bahgia
cinta ALLAH yang kekal baqa

Seloka ku ini nasihat bersama
kalau terasa mari bertaubat
orang muslim semua sama
apa salahnya saling nasihat
HANSET BARU NAMA NOKIA,
DAPAT PULA HADIAH SIKAT,
KEPADA SESIAPA YANG TERASA,
INSAFLAH KITA SEBELUM TERLAMBAT.

Baginda Menangis DiPadang Mahsyar



Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Terima suratan takdir dengan hati lapang, penuh keredaan


Tindakan mudarat diri kerana putus cinta ditegah Islam
DALAM kehidupan di dunia ini, cinta dan kasih sayang adalah lumrah manusia kerana perasaan itu suatu anugerah Allah. Bagi yang dapat meneruskan impian hingga ke jenjang pelamin, syukur Alhamdulillah kerana segala hajat dan niat akhirnya tercapai juga dengan izin Allah dan tidak kurang juga ada segelintir pasangan yang terkandas di pertengahan jalan.
Bagi yang kecewa dalam alam percintaan, sedih sudah pasti menyelubungi jiwa dan hati. Tidak kurang juga kita mendengar kisah orang kecewa bercinta membawa diri yang terlalu sedih dan mengambil keputusan nekad untuk berbuat sesuatu tindakan negatif seperti membunuh diri misalnya. Inilah fenomena alam percintaan.
Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah dalam Islam
Sesungguhnya perasaan kecewa sehingga mendorong manusia melakukan tindakan memudaratkan diri sendiri sangat ditegah Islam. Kita seharusnya menerima segala kemungkinan sebagai suratan takdir Allah dengan hati yang lapang dan penuh reda.
Mungkin kisah berikut mampu menjadi terapi kepada kita berkenaan putus cinta ini. Kisah pertama ialah peristiwa terjadi di antara Salman al-Farisi bersama sahabat karibnya, Abu Darda’.
Dilaporkan bahawa Salman al-Farisi mengenali seorang Muslimah solehah daripada kaum Ansar dan berhajat untuk memperisterikannya. Sahsiah peribadi wanita itu begitu memikat hatinya, namun jauh di lubuk hatinya timbul rasa was-was apakah dia layak untuk meminang wanita itu.
Ini memandangkan yang dia bukanlah penduduk asal Madinah. Dia sedar akan hakikat itu, namun hatinya begitu berkeinginan untuk menikahi wanita Ansar itu lalu dia berfikir panjang bagaimana untuk merealisasikan hasrat hatinya itu.
Lalu timbul di benak kotak fikirannya yang dia memerlukan orang lain sebagai jurubicara yang mempunyai latar belakang dan memahami dengan selok-belok adat tradisi penduduk Madinah. Akhirnya Salman al-Farisi memilih sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai orang pengantara. Lagipun, Abu Darda’ adalah sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya.
Salman tanpa segan-silu kemudian meluahkan hasrat yang terpendam selama ini kepada sahabatnya itu dan disambut dengan gembira apabila Abu Darda’ mendengarnya.
Selepas itu, segala persiapan pun dilakukan dan mereka berdua berangkat ke rumah gadis yang ingin dipinang oleh Salman. Sampai di rumah gadis itu, berkatalah Abu Darda’ selaku jurubicara Salman: “Saya Abu Darda’ dan ini adalah saudaraku, Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi. Allah memuliakannya dengan Islam dan dia juga memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW sehingga Baginda menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Baginda. Saya datang ini adalah untuk mewakili saudaraku ini untuk melamar anak gadis tuan bagi pihaknya.”
Begitulah teratur dan beradabnya Abu Darda’ mengatur tutur bicara. Kemudian bapa gadis itu pula membalas bicara kata dalam pertemuan itu: “Kami sangat berbesar hati menerima anak berdua, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. Kami juga berasa begitu bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah SAW yang utama. Akan tetapi jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami.”
Selepas mereka berbincang anak beranak di sebalik tirai, maka si ibu gadis itu mengatakan keputusan anaknya. Kata ibu gadis itu: “Maafkan kami kerana terpaksa berterus-terang. Tetapi kerana anak berdua yang datang, maka dengan mengharapkan reda Allah, saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. Namun jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda’ maka anak gadis kami tidak menolaknya.”
Dalam situasi beginilah kita kita akan dapat satu gambaran budi sahsiah terpuji yang cukup luhur pada diri Salman. Meskipun dia sangat terkejut dengan jawapan berterus terang itu, tetapi sikap berlapang dada nyata begitu tinggi dimiliki oleh sahabat Rasulullah SAW ini.