Kite renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya.. "I LOVE U"
Description:
1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup
pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet',
saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu
jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya
menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu
sedih.. terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan
kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,
dia akan kembali.
4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang
yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika
anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi
peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu
dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu
begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan
menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang
tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu
menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis
yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita
akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda
pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau
diamana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini
tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi,
tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu
terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau
sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya
kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia
bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu
istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia
berhak mendapat kasih anda.
10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain
ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai
seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai
anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat
mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap
mereka.
11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang
masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati
saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai
saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat
cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi
menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita
daripadanya apabila berjauhan...
12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa
daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.
Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda
berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak
mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda
sayang/cintai selamanya.
13. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda
sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak
mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu
kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam
hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan
rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab
anda terhadap perasaan hati anda.
14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya
anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan
diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia
tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih
menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layakmendapat
cinta anda.
15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh
jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,
jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila
anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk
anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi
untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda
didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk
anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetpi
untuk anda mencintai.....
No comments:
Post a Comment