seseorang yg tiada dalam dadanya suatu pun (apa yg dihafaz) dari al-Quran samalah keadaannya seperti sebuah rumah yang buruk lagi usang.
(Bacalah Al -Quran) dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur. tidak di masuki syaitan rumah yang di baca didalamnya surah al-Baqorah.
Sesungguhnya kami(Allah) telah menurunkan al-Quran dan kami jugalah yang akan memeliharanya (dalam dada para hafiz) sampai hari kiamat.
Jika bersembahyang seorg yg menghafaz al-quran siang dan malam dengan membaca al-Quran, maka dia akan ingat al-quran itu dan takkan lupa.
hendaklah menjadi imam itu org yg paling banyak menghafaz al-Quran atau paling baik (tajwid) bacaannya dikalangan kamu.
bacalah al-quran, buatlah kajian ilmu, dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan kamu habiskan masa kamu dgn perkara yg tidak berfaedah.
Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (merasa kehadiranNya), Walaupun kamu tidak melihatNya yakinlah bahawa Allah melihat kamu.
Islam di bina atas 5 perkara:
Mengucap 2 kalimah syahadah
Sembahyang/ solat 5 waktu
Berpuasa bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Pergi haji atas yg berkemampuan
Diantara kamu ada yg beramalan jahat shingga hampir masuk neraka, kemudian dtg ketentuan Allah ,maka dia beramalan baik dan masuk syurga.
Diantara kamu ada yg beramalan baik shingga hampir masuk syurga, kemudian dtg ketentuan Allah ,maka dia beramalan jahat dan masuk neraka
Sesiapa yang mengadakan suatu ibadah yg bukan dari ajaran Allah (bercanggah dgn syariat), maka amalan itu tertolak (dikira sbg bidaah/sesat).
Wahai org2 yang beriman,jgnlah kamu cakap tapi tidak buat. Amat besar kebencian Allah jika kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu tidak melakukannya.
Wahai org2 yg beriman, taati Allah dan taati Rasul dan org2 yg berkuasa di kalangan kamu (jika mereka juga taat kpd Allah dan Rasul).
Sesungguhnya islam ini adalah jalanku, maka jgn kamu ikut jln2 lain kerana ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan Allah.
Perkara Halal yang paling di benci Allah (walaupun boleh dibuat), ialah menjatuhkan talaq (kepada isteri)
ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain.
2 org yang tidak di pandang Allah di hari kiamat ialah:
org yg memutuskan SilaturRahim antara kaum kerabat.
Jiran yang berperlakuan jahat kepada jirannya
Amalan yang terlebih dikasihi disisi Allah ialah sesuatu yang berterusan walaupun sedikit.
Apabila seseorg kanak2 itu sudah dapat membezakan sebelah kanan dan kirinya (mumayyiz), hendaklah mula menyuruhnya sembahyang.
4 org ini dimurkai Allah :
penjual yg selalu brsumpah ttg brg jualannya
org fakir yg takbur
org tua yg berzina
raja yg zalim.
Kata Aisyah ,jika kami (isteri nabi) tertinggal puasa Ramadan,kami tidak dapat menggantinya bersama-sama Nabi sehinggalah datang bulan Syaban.
No comments:
Post a Comment