Wednesday, September 28, 2011

Baik, Lebih Baik Atau Terbaik?

Setiap diantara kita tahu akan ungkapan ini yang biasa didengar dan digunakan dalam kehidupan harian. Ianya biasa digunakan dalam tingkah laku gaya hidup harian kita, dalam setiap gerak kerja kita, impian mahu pun cinta. Namun persoalannya, di antara ketiga-tiga frasa tersebut yang manakah benar-benar paling mewakili diri kita sendiri.

Ramai di antara kita mahu menjadi yang terbaik dalam hidup ini termasuklah:

1) anak lelaki/perempuan
2) suami/istri
3) ibu/bapa
4) pekerja yang baik
5) saudara yang baik atau mungkin
6) seorang pencinta yang baik

Walauapa pun ia, setiap di antara kita mahu menjadi yang terbaik dalam hidup. Namun, adakah setiap di antara kita sudah dapat mencapai apa yang kita mahukan.

Mungkin sukar untuk kita menjadi seorang yang baik. Sebagai manusia terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam hidup ini tapi harus bijak untuk menghadapi dan mengawalnya dengan baik. Bagi umat Islam, kita harus percaya Allah S.W.T sentiasa memberi ujian yang setimpal dengan kemampuan hamba-hamba-NYA. Setiap ujian yang diturunkan kepada kita oleh Allah S.W.T adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kesabaran kita.

Sebagai hamba-NYA, kita tidak mampu untuk menghadapi ujian dari-NYA. Namun bila difikir secara mendalam, ianya adalah sebagai tanda Allah masih sayangkan kita sebagai hamba-NYA. Kita hanya boleh berusaha untuk menjalani ujian-NYA dengan baik dan percaya setiap pertolongan yang juga datang daripada-NYA. Berdoa dan percaya bahawa Allah S.W.T. mendengar dan sentiasa menolong hamba-hambaNYA tanpa keraguan. Maka, kita boleh meningkatkan kepercayaan kita kepada-NYA dan ianya sebagai salah satu medium untuk menjadi orang yang soleh dan baik di sisi-NYA.

Kita hidup di dunia hanyalah sementara, kita akan meninggalkan semua perkara-perkara yang selesa pada bila-bila masa sahaja seperti yang ditentukan-NYA. Jika kita rasa diri kita tidak seberapa baik, cuba untuk menetapkan agar dapat menjadi seorang yang baik. Bukan hanya untuk menjadi terbaik di kalangan manusia tapi juga terbaik di sisi-NYA.

Kita tahu kita berada di mana, ingin menjadi manusia yang terbaik di antara yang terbaik. Semoga berjaya. Amin

No comments:

Post a Comment