Friday, August 12, 2011

RISALAH AL - GHAZALI

Ketahuilah , Hai Anak yang Tercinta! - moga-mogaan Allah s.w.t melanjutkan usiamu dalam taat kepadaNya, dan dipimpinNya engkau kejalan orang - orang yang dicintaiNya: - Bahawasanya nasihat yang bertaburan dikutip orang dari "sumber dan risalah" Nabi Muhammad s.a.w . Maka jika telah ada barang sebuah nasihat dari sana yang sampai kepadamu, apakah perlu bagimu nasihatku lagi? Dan jika belum sampai kepadamu , cubalah katakan kepadaku, hasil apakah yang engkau dapat selama ini?

Hai Anak! Sebahagian dari nasihat Rasullullah s.a.w. kepada umatnya ialah katanya : "Tanda bahawa Allah s.w.t berpaling dari seorang ialah "membuang waktu" kepada barang yang tidak berguna; dan barang sesiapa yang berumur lebih 40 tahun,sedangkan kebaikannya belum mengalah kejahatannya , maka baiklah ia bersedia-sedia untuk masuk NERAKA". Rasanya cukuplah bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.

Hai Anak! Nasihat itu mudah, yang musykilnya ialah menerimanya ; kerana ianya pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang itu sangat disukainya, lebih - lebih lagi di kalangan penuntut "Ilmu Rasmi"(Lawan dari Ilmu Hakikat) yang membuang - buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia menyangka bahawa di dalam ilmu yang tidak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaanya, dan ia menyangka bahawa ia tidak perlu diamalkannya, adalah alasan pemberatkannya lebih kuat, sebagaimana telah dikatakan oleh Rasullullah s.a.w. "Orang yang berat sekali menanggung siksa di hari kiamat ialah orang berilmu yang tidak diberi Allah manfaat dari lmunya".


Dan diriwayatkan , bahawasanya Al - Junaid - qaddasallahusirrahu, bersua dalam mimpi seorang. Maka ditanyakanlah kepadanya: "Apa kabar, hai Abal Qasim?"(Gelar Al - Junaid) ia pun menjawab ; "Telah hilang lenyap ibarat - ibarat itu, tak ada lagi isyarat - isyarat itu,dan tak ada yang memberi manfaat kepada kita melainkan sedikit rakaat yang kita sembahyangkan ditengah malam itu jua,"


Hai Anak! Janganlah engkau hidup sampai kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan bekerja, dan yakinlah bahawa ilmu semata - mata tidak akan menyelamatkan orang. "Bagaimanakah menurut fikiranmu, jika pada suatu tengah padang ada seorang panglima yang gagah berani dan padanya ada sepuluh pedang Hindi, lengkap pula dengan beberapa alat senjata lain, lalu dihadapkan kepada seekor singa besar yang galak, dapatkah segala alat senjata itu melindunginya dari bahaya jika senjata itu tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkannya? telah terang ,bahawa ia tidak akan menolong apa - apa melainkan jika diangkat,dipukulkan dan ditikamkannya,"


Demikian pulalah, jika pun seorang itu telah membaca seratus ribu massalah ilmiiah serta dipelajarinya pula, jika tidak diamalkannya tidaklah akan mendatangkan faedah suatu apa kepadanya. Sebagai bandingan lagi, jika seorang kena demam panas dan sakit kuning yang hanya dapat disembuhkan dengan `Sekanjabin` (Ubat - ubatan) dan `Khaskat`(Ubat - ubatan), tidaklah ia akan segar kembali melainkan dengan mengunakan ubat - ubatan itu..

No comments:

Post a Comment