Friday, November 25, 2011

Kasih Mak Dan Ayah

Pernahkah anda berkata kepada mak atau ayah anda atau pun berkata kepada diri anda sendiri sepertil; “kenapalah ibu bapa aku ni suka sangat berleter? Kenapa keras sangat teguran dari ibu dan bapa kepada diri ku? Kenapa mereka tidak mahu menegur aku dengan nada yang lemah lembut?”

Jika anda pernah mendengar atau pun berkata sedemikian kepada mak atau ayah anda, mungkin di sinilah tempat dan waktunya untuk anda memikirkan semula kata-kata anda itu dan saya tinggalkan anda sebentar dengan sedikit garisan itu.

Jika anda pernah fikirkan kenapa mesti ibu dan ayah kita berleter kepada kita? Atau pun kenapa orang mesti berleter? Samakah leteran dengan

www.AhmadiKatu.com + Saat Jiwa Berbicara | Kasih Mak Dan Ayah

nasihat? Adakah mesti berleter jika hendak memberi nasihat? Tidak bolehkah jika digunakan cara yang lain lagi sebagai medium untuk memberikan nasihat?

Kata Saidina Umar Al-Khattab ra, “Didiklah anak mu setara dengan zamannya. Janganlah engkau mendidik mereka sebagaimana dengan cara atau zaman mu dididik.”

Kata-kata ini biasanya ditujukan kepada golongan yang bergelar ibu dan bapa. Sepertinya kurang sesuai kalau ditujukan kepada golongan orang muda, remaja, seperti anda semua. Pengajarannya jelas dan amat sesuai dengan masalah kita. Konflik ibu bapa dengan anak adalah kerana dua zaman yang berbeza. “Tetapi ada saja golongan orang tua yang masih sporting“

Zaman bukan saja merujuk kepada tarikh dan masa, ia juga mengenai tempoh hidup dan juga masa silam seseorang itu. Hidup ibu bapa dan anak adalah dua keadaan yang berbeza. bahkan hidup sesama kita pun banyak juga bezanya.

Pendekatan pendidikan zaman ibu bapa kita tidak sama dengan kita. ibu bapa diajar sebagai pihak yang superior. Kata-katanya sentiada benar dan keramat. Tiada pendidikan psikologi; anak-anak difahami secara sama dan secara tegas. Konsep hukuman diutamakan berbanding hadiah. Ibu bapa juga perlu menjaga status quo, maka bergaul dengan anak dilihat sebagai sesuatu yang boleh menyelamkan nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak.

Lebih daripada itu, pendidikan pada zaman 50 dan 60-an masih mementingkan konsep warisan. Ilmu diperturunkan dan kerja diwarisi. Kerana itu anak-anak perlu dididik sepertimana ibu bapa pernah dididik supaya proses pewarisan ilmu itu berjalan dengan baik.

Berleter adalah cara nasihat paling ‘selamat’ sungguh pun ia adalah cara yang paling tidak berkesan. Leteran atau bebelan adalah panjang, berterusan dan tidak wajar disampuk. Ia selamat daripada campur tangan idea pihat yang dinasihat. Sedangkan nasihat dengan cara hubungan dua hala memerlukan soal jawab yang mana membuatkan ibu bapa terdedah kepada ‘serangan.’ ‘Serangan’ boleh menjatuhkan kekuatan hujah ibu bapa sewaktu menetapkan pemikiran anak-anak.

Logik manusia itu cuma terhad pada ilmu dan pengalamannya. Melihat daripada pandangan orang lain mungkin kita memahami sesuatu yang sebelumnya amat tidak logik bagi kita.

lawat di sini untuk cerita lanjut : www.ahmadikatu.com

No comments:

Post a Comment