Monday, November 14, 2011

NIAT BERNIKAH..

Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:

1)Cinta kepada Allah.

2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah.

3)Cinta kepada Rasulullah serta memperbanyakkan kebanggaannya.


Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”

Ada banyak lagi yang beliau (habib ali) sebutkan,Namun cukuplah untuk 3 niat asasi ini dari kita langsung tiada niat yang jelas.Niat yang baik dan murni akan membawa kepada keintiman hubungan dalam rumah tangga yang bakal dibina kelak insyallah

No comments:

Post a Comment